Friday 18 December 2015

Apa itu kefir


Merupakan minuman probiotik
    Cara sebutannya Ki-fer...Minuman kefir adalah minuman probiotik, sama seperti yogurt tetapi yogurt menggunakan bakteria bifidobacterium sp. , Lactobacillus sp., Lactobacillus bulgarius dan Streptococcus thermophillus. Manakala kefir pula menggunakan bakteria Streptococci sp. dan Lactobacilli sp.  
    Probiotik ni ayat mudahnya adalah bakteria baik untuk usus kita...Ianya memberi manafaat bukan saja pada usus kita tetapi juga pada bahagian2 lain

Bgaimana ia dihasilkan?
     Merupakan minuman hasil daripada proses penapaian oleh kefir "grains"....Kefir grains bersifat kental dan merupakan kombinasi bakteria dan yeast. Ianya menjalani proses penapaian di dalam larutan susu ataupun air...Selalunya proses penapaian ini di jalankan dalam masa 24 jam, hasilnya microorganism dalam grains ini akan berganda dan makanan utama yang penting ialah gula..... 

Kebaikan minuman kefir
  • kesihatan usus
  • menguatkan sistem immune
  • bagus untuk sistem pencernaan
  • mengurangkan keradangan
  • dapat mengurangkan keinginan terhadap makanan yg tidak sihat, terutamanya gula dan makanan manis.

Kenapa perlu ambik probiotik?
Permulaan setiap penyakit bermula daripada perut kita.....statement yg penah saya dapat daripada sorang dr yang cerita pasal prebiotik (al manna dan tayebat).... Jadi adalah penting utk kita menjaga kesihatan usus kita.....Apabila berlaku ketidak seimbangan bakteria2 dalam usus kita itu yang timbul pelbagai masalah kesihata..Macamana boleh berlaku?

1. pengambilan antibiotik....antibiotik secara kasarnya ianya seperti machine gun...dia bunuh segala bakteria2 tidak kira baik ke jahat.....

2. pengambilan makanan yang tidak sihat

Apabila bakteria2 ini tidak seimbang...macam2 masalah timbul.

Probiotik selain kefir..apakah?
Kombucha
yogurt
tempeh
fermented foods

Cara buat water kefir
Bahan:
Bekas kaca
2 sudu besar kefir grains
2 sudu besar gula organik
2 cawan air (air spritzer plg bagus sebab ada mineral yang baik...jangan guna air berklorin ya)

Campurkan gula dgn air..Bila dah larut, masukkan kefir grains dan masukkan dalam botol kaca. Botol kaca tu, tutupkan dengan kain ke atau tisu ke...jangan tutup ketak sebab kefir perlukan udara utk bernafas.. Letak di kawasan gelap ataupun balut dengan kain.Biarkan selama 24 hrs..

Ni baru 1st fermentation tau.. utk flavouring kan air ni perlu fermentation kali kedua...nanti kita continue yaaaaaaa


Resources:

  1. Buku " The miracles of probiotics"
  2. http://growyouthful.com/recipes/water-kefir.php#what-is-water-kefir


Kiri tu kefir grains. Yang kanan 2f water kefir dengan nenas