Sunday 7 August 2016

Homemade hormone balance serum

Homemade hormone balance serum

*diambil dari website Dr Josh Axe

     Keseimbangan hormon adalah penting untuk badan kita untuk berfungsi dengan baik. Hormon seperti insulin dan estrogen merupakan utusan penting dalam tubuh badan dimana ia bergerak di dalam saluran darah tubuh badan kita. Kesan-kesan akibat ketidakseimbangan hormon ialah:

  • Kemandulan
  • penambahan berat badan
  • kemurungan
  • keletihan
  • insomnia (masalah tidak dapat tidur malam)
  • libido rendah
  • rambut gugur
     Cara terbaik untuk seimbangkan hormon adalah melalui diet yang seimbang. Disamping itu, minyak pati (essential oil) juga dapat menyeimbangkan hormon dan mengelakkan masalah yang berkaitan dengan ketidak seimbangan hormon.
     Homemade hormone balance serum Dr Josh Axe ini mengandungi 2 daripada 3 minyak pati yang bagus untuk  hormon, iaitu clary sage oil dan thyme oil dengan ratio yang sama (30 titis setiap oil).
     Kelebihan utama clary sage ialah membantu mengimbangi pengeluaran estrogen dalam badan. Masalah-masalah kesihatan seperti kemandulan, PCOS dan kanser berasaskan estrogen adalah di sebabkan lebihan hormon estrogen dalam badan. Jika anda mencari ubat semulajadi untuk mengatasi PMS, clary sage adalah minyak yang bagus untuk dipertimbangkan.
     Minyak thyme pula memberi manafaat dengan meningkatkan pengeluaran progesteron. Bagi mereka yang rendah progesteron (lelaki atau wanita), mengalami masalah kemandulan, PCOS, kemurungan dan juga ketidakseimbangan hormon. 
     Disamping minyak clary sage dan thyme , 30 titis ylang ylang dan 1 aun minyak evening primrose juga digunakan dalam campuran serum ini. Gunakan 5 titis serum ini di leher sebanyak 2 kali sehari.





No comments:

Post a Comment